skip to main | skip to sidebar

About me

Unknown
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2016 (10)
    • ▼ June (10)
      • ASSIGNMENT SADE-1013
      • PENGENALAN
      • INDUSTRI PELANCONGAN
      • TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YAN...
      • LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN...
      • KESIMPULAN
      • CADANGAN
Powered by Blogger.
PERLANCONGAN DI MALAYSIA

LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN

Thursday, 23 June 2016

Terdapat banyak faktor yang mendorong untuk membangunkan industri pelancongan. Maka, pihak yang terlibat perlu mewujudkan produk pelancongan baru ataupun membangunkan produk pelancongan yang sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelancong.

Selain itu, produk pelancongan baru juga diwujudkan kerana sektor yang terlibat memang peka dan sentiasa mahu memberikan kelainan ke atas produk yang dikeluarkan kepada pelancong. Ini secara tidak langsung mengukuhkan pasaran sektor di samping mengekalkan pembangunan produk yang sudah sedia ada. Produk pelancongan baru juga wujud akibat wujudnya inovasi teknologi terkini. Dengan adanya inovasi teknologi yang pelbagai pada masa kini, sektor pelancongan terpaksa mengambil inisiatif bagi mewujudkan produk pelancongan baru selari dengan perkembangan teknologi.

Akhir sekali, produk pelancongan baru juga diwujudkan kerana peka kepada permasalahan sosial yang wujud dalam masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini, sektor pelancongan perlu mewujudkan suatu produk baru di pasaran. Antara contoh produk-produk pelancongan baru yang sudah sedia ada di pasaran adalah:

  1. Kembara politik
Produk pelancongan baru ini merujuk kepada pengembaraan yang dibuat oleh pelancong bagi tujuan politik. Sesetengah pelancong mungkin mengunjungi sesebuah Negara kerana aspek politik. Malah, kunjungan yang dibuat oleh pembesar-pembesar Negara juga adalah dikategorikan dalam kembara politik.
  1. Ekopelancongan
Image result for ekopelancongan malaysia
Ekopelancongan merupakan aktiviti pelancongan yang harmoni dengan persekitaran. Konsep ini menumpukan kepada pertimbangan dan sensitif terhadap ekologi, kawalan, integrasi dengan sosiobudaya dan penerapan nilai-nilai mapan. Melalui subsektor ekopelancongan, ia telah membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk melibatkan diri dalam penyediaan penginapan melalui program homestay. Pada tahun 2010, seramai 2,998 orang telah dilatih dan diberi lesen untuk mengendali penginapan homestay di seluruh Negara. Selain itu, kerajaan telah mempromosikan pakej pelancongan komuniti orang asli serta telah membuka peluang pekerjaan kepada orang asli untuk menjadi pemandu bot dan pemandu pelancong alam semulajadi. Secara tidak langsung, program seperti ini akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan disamping meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Pelaksanaan konsep ini mampu mencapai ‘simbiosis’ antara pemuliharaan dan pembangunan. Prinsip-prinsip ekopelancongan yang dikemukakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, (1996) adalah:
·                    Tidak merosakkan alam sekitar.
·                    Menghargai alam sekitar, mencadangkan komponen pembelajaran.
·                    Mempromosi pemeliharaan.
·                    Impak yang rendah.
·                    Penglibatan penduduk tempatan.





  1. AgroPelancongan
Agropelancongan merupakan konsep pelancongan yang tertumpu di kawasan luar Bandar menjurus kepada penonjolan pelbagai tarikan seperti kebudayaan, cara hidup penduduk dan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Pelancong dapat merasai suasana hidup bersama masyarakat kampung dan memperoleh pengetahuan tentangnya. Konsep ini menyumbangkan kesan positif terhadap sosial, alam sekitar dan ekonomi masyarakat luar Bandar.  

  1. Pelancongan sukarela
Produk pelancongan ini merujuk kepada percutian yang dibuat oleh pelancong yang gemarkan aktiviti sukarela. Ia bermatlamat antara lain membantu mangsa peperangan, mangsa bencana alam, membantu kempen mengekalkan hidupan liar dan sebagainya lagi.




  1. Pelancongan kesihatan
Produk pelancongan ini pula merujuk kepada percutian dan pengembaraan yang dibuat atas dasar kesihatan. Ia membawa maksud pelancong melancong bertujuan mendapatkan rawatan, atau perlu beristirehat bagi meringankan masalah kesihatan yang wujud dan lain-lain.

  1. Pelancongan pendidikan
Pelancong dari Negara lain yang mempunyai jangka masa cuti tahunan yang panjang datang melancong ke Malaysia dan mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Contoh: Cuti musim panas di Negara Timur Tengah
Semasa cuti mereka akan datang dan tinggal di Malaysia selama beberapa bulan dan boleh mengikuti kursus jangka pendek bagi memanafaatkan masa mereka di sini.
Pelancong ini akan mempromosikan kursus-kursus pendidikan yang ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Tinggi Negara ini apabila pulang ke Negara asal. Lebih ramai warga asing akan belajar di Negara kita.
  1. Pelancongan sukan

Malaysia kini semakin giat mempromosikan diri sebagai penganjur dan tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan sukan di rantau Asia Pasifik. Penganjuran sukan seperti kejohanan kereta Formula 1, kejohanan lumba basikal, kejohanan badminton, pameran Maritim, udara Langkawi (LIMA), PowerBoat, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup dan sebagainya adalah sebahagian daripada acara sukan yang mendapat pengiktirafan dunia. Penyediaan kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih menjadikan Malaysia sentiasa bersedia untuk menganjurkan apa jua kejohanan sukan. Kompleks Sukan Negara dan Litar F1 Sepang contohnya adalah infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa yang kini menjadi tumpuan acara-acara sukan terkemuka.

Malaysia juga dikurniakan dengan alam semulajadi yang bukan sahaja indah malah begitu sesuai untuk pelbagai aktiviti berteraskan adventure sports. Ini menggalakkan pelancongan yang mempunyai minat khas untuk datang dan mengalami sendiri aktiviti sukan dalam persekitaran begitu mencabar. Selain itu Malaysia juga memiliki lebih daripada 250 padang golf di seluruh Negara yang menjadi tarikan mereka yang menggemari sukan golf. Agensi utama yang bertanggungjawab dalam pelancongan sukan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan sementara Kementerian pelancongan membantu dari aspek promosi.




Posted by Unknown at 23:11  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License