skip to main | skip to sidebar

About me

Unknown
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2016 (10)
    • ▼ June (10)
      • ASSIGNMENT SADE-1013
      • PENGENALAN
      • INDUSTRI PELANCONGAN
      • TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YAN...
      • LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN...
      • KESIMPULAN
      • CADANGAN
Powered by Blogger.
PERLANCONGAN DI MALAYSIA

CADANGAN

Monday, 20 June 2016

Cadangan untuk meningkatkan sektor pelancongan di Negara ini, kerajaan perlu menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival ini adalah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan Negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di Negara ini, makanan yang pelbagai dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Banyak produk-produk baru yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan perlu menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inep desa dengan lebih banyak. Begitu juga dengan konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan dan seumpanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat dan sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan Negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga perlu memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan dan syarikat pengangkutan awam juga turut terlibat untuk menjayakan kempen ini supaya dapat meningkatkan sektor pelancongan di Negara kita.


Posted by Unknown at 08:39  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License