skip to main | skip to sidebar

About me

Unknown
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2016 (10)
    • ▼ June (10)
      • ASSIGNMENT SADE-1013
      • PENGENALAN
      • INDUSTRI PELANCONGAN
      • TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YAN...
      • LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN...
      • KESIMPULAN
      • CADANGAN
Powered by Blogger.
PERLANCONGAN DI MALAYSIA

HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

Thursday, 23 June 2016

Sektor pelancongan di Negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan Negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di Negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan Negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan lubang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelancongan di Negara kita pada masa depan. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah:

1.            Krisis kehilangan MH370 dan insiden MH17.
Menurut Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) terpaksa dihentikan buat seketika sebagai menghormati tumpuan negara dalam mencari kotak hitam pesawat MH370 yang dikatakan terhempas di Selatan Lautan Hindi. Berikutan dengan peristiwa itu, satu lagi kejadian insiden MH17 terhempas turut mengemparkan lagi seluruh masyarakat Dunia.
Insiden yang menimpa MH370 dan MH17 mengalih perhatian masyarakat Malaysia dan dunia sehingga menenggelamkan TMM. Hal ini menyebabkan kedatangan pelancong berkurang seperti biasa dan mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala.


2.            Pencerobohan.
Kes-kes jenayah dan pencerobohan yang seringkali berlaku dikawasan sempadan seperti kecurian, penipuan, penculikan, pembunuhan, samun dan sebagainya menyumbang kepada imej negatif terhadap pelancongan. Selain itu, aktiviti penyeludupan merupakan isu utama yang seringkali dipandang serius oleh pihak kerajaan terutamanya di kawasan sempadan. Penyeludupan yang berlaku secara serius mewujudkan tanggapan bahawa sempadan Negara mudah dibolosi oleh penyeludup akibat lemahnya aktiviti penguatkuasaan dan integriti. Jika tiada langkah-langkah berkesan diambil akan mewujudkan keadaan yang tidak stabil terutamanya bagi penduduk yang tinggal berhampiran kawasan sempadan dan pelancong. Tanggapan orang ramai mengenai aktiviti yang tidak sihat seperti seks bebas, alkohol, pergaulan tanpa batasan turut menyumbang kepada imej negatif bagi pelancongan.

3.            DCA meningkatkan cas tambang.
Caj perkhidmatan penerbangan telah dinaikkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Antaranya ialah kenaikan caj penerbangan, pesawat besar, kos tinggi, pesawat kecil, pesawat kargo dan helikopter tidak terkecuali dikenakan caj ini. Justeru itu, kadar keuntungan sesebuah syarikat penerbangan mampu dicapai dengan menaikkan kadar caj yang lebih tinggi kepada para penumpang. Secara tidak langsung, syarikat penerbangan terpaksa mengenakan caj tinggi  kepada para pelancong bagi menangangi isu kos. Kesannya pelancong akan beralih ke destinasi lain jika peningkatan ini membebankan mereka.

4.            Pencemaran Alam Sekitar.


Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan Negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal-kapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan pelancongan ini dan kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membersihkan tempat-tempat pelancongan ini.

5.            Persaingan dengan Negara-negara lain.


Persaingan sektor pelancongan dengan negara-negara yang lain. Hal ini demikian, bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.


6.            Keadaan politik tidak stabil.


Kestabilan politik adalah satu faktor penting bagi menjamin perkembangan industri pelancongan. Malaysia perlu mengamalkan konsep aman, bebas dan berkecuali bagi menarik lebih ramai pelancong asing. Bukti-bukti tentang kesan ketidakstabilan politik terhadap industri pelancongan perlu dijadikan pengajaran tentang berapa pentingnya suasana keharmonian Negara dalam pertubuhan industri pelancongan.

Posted by Unknown at 23:13  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License