skip to main | skip to sidebar

About me

Unknown
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2016 (10)
    • ▼ June (10)
      • ASSIGNMENT SADE-1013
      • PENGENALAN
      • INDUSTRI PELANCONGAN
      • TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YAN...
      • LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN...
      • KESIMPULAN
      • CADANGAN
Powered by Blogger.
PERLANCONGAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN

Thursday, 23 June 2016

Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini antara fungsi utama industri pelancongan adalah untuk menuju pembangunan pesat dalam ekonomi negara. Antara kepentingan dan sumbangan industri pelancongan di dalam ekonomi negara adalah seperti dibawah:

Ekonomi Pelancongan

Pembangunan pelancongan sebagaimana yang diketahui memberi impak ke atas ekonomi destinasi berkenaan. Impak ekonomi sering kali dilihat sebagai impak positif berbanding negatif. Ini kerana pelancongan dipercayai dapat meningkatkan lagi pendapatan komuniti dan ekonomi destinasi itu malah lebih daripada itu, ia juga dapat meningkatkan ekonomi Negara. Antara impak positif ekonomi akibat daripada pembangunan pelancongan ialah:

1.            Dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk tempatan.
2.     Dapat menambahkan hasil pendapatan penduduk dengan menjalankan perniagaan sampingan.
3.     Dapat meningkatkan pendapatan kerajaan dengan kemasukan wang hasil daripada cukai dan juga jualan produk ataupun perkhidmatan pelancongan.
4.            Dapat membawa masuk pelaburan dari Negara asing.
5.            Dapat mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk tempatan.

Persekitaran Pelancongan

Dari segi persekitaran bukan sahaja melibatkan tanah malah udara, air, flora dan fauna, bahkan juga manusia. Antara impak positif ke atas persekitaran yang sudah dikenal pasti akibat daripada pembangunan pelancongan adalah:

1.            Mewujudkan insentif bagi pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dan sumber semula jadi.
2.            Menyediakan kemudahan seperti jalan raya yang berkualiti tinggi.
3.            Mewujudkan lebih banyak taman dan pusat rekreasi di destinasi berkenaan.

Sosiobudaya Pelancongan

Impak sosiobudaya didefinasikan oleh Fox (1977) sebagai, “sumbangan pelancongan ke atas perubahan dalam sistem nilai, gelagat individu, hubungan kekeluargaan, gaya hidup yang pelbagai, tahap keselamatan, etika moral, acara tradisional dan juga organisasi komuniti.” Dalam mengenal pasti impak sosiobudaya, aspek budaya masyarakat adalah penting dilihat secara mendalam kerana wujudnya kepelbagaian dalam budaya itu sendiri.
Oleh itu, impak ke atas sosiobudaya adalah dipengaruhi oleh budaya dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan. Ini bermakna, impak positif di sebuah destinasi tidak mungkin sama dengan sebuah destinasi yang lain. Antara impak positif sosiobudaya adalah: 

1.            Memperbaiki kualiti hidup masyarakat setempat.
2.            Meningkatkan kemudahan rekreasi dan pelancongan.
3.            Memperbaiki imej dan budaya masyarakat setempat.
4.            Mempromosikan pertukaran budaya.
5.            Menambahkan perjumpaan antara pelancong.
6.            Memperbaiki kualiti keselamatan.
7.            Meningkatkan permintaan ke atas acara bersejarah dan kebudayaan.
8.            Mewujudkan nilai kemesraan terhadap pelancong asing.
9.            Mewujudkan pengalaman yang menarik di kalangan masyarakat.
10.         Memelihara budaya masyarakat setempat.

Posted by Unknown at 23:18  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License