skip to main | skip to sidebar

About me

Unknown
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2016 (10)
    • ▼ June (10)
      • ASSIGNMENT SADE-1013
      • PENGENALAN
      • INDUSTRI PELANCONGAN
      • TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YAN...
      • LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN...
      • KESIMPULAN
      • CADANGAN
Powered by Blogger.
PERLANCONGAN DI MALAYSIA

INDUSTRI PELANCONGAN

Friday, 24 June 2016

Pelancongan merupakan satu industri yang berkembang maju selepas Perang Dunia Kedua (1941-1945). Ia mencatatkan kedatangan pelancong antarabangsa sebanyak 25.3 juta orang (1950) kepada 940 juta orang (2010) dan menyumbang kepada pendapatan ekonomi dunia sebanyak USD 2.1 bilion (1950) kepada USD 919 bilion (2010) WTO (World Tourism Organization, 2011). Peningkatan kedatangan pelancong ini disokong oleh faktor-faktor kestabilan politik dan ekonomi dunia, peningkatan taraf hidup dan pendapatan penduduk serta penawaran produk-produk pelancongan baharu. Perkembangan industri yang memberangsangkan mendorong kebanyakan Negara membangunkan pelancongan secara serius kerana kemampuannya dalam menyumbang pertumbuhan ekonomi.

Bagi menggalakkan pembangunan pelancongan, pihak kerajaan menyediakan dasar dan strategi yang sesuai bagi menjadikan pelancongan sebagai sumber baharu pertumbuhan ekonomi Negara. Selain itu, pelbagai insentif yang menarik disediakan bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menjayakan perkembangan industri pelancongan. Kesannya, banyak kawasan-kawasan baharu dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai konsep dan aktiviti bagi menarik kedatangan pelancong.

Perkembangan pelancongan di sesebuah destinasi menyumbangkan pelbagai impak positif terhadap ekonomi, alam sekitar, dan sosial seperti meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk, peningkatan kualiti alam sekitar dan menggalakkan hubungan antara pelancong dan penduduk. Walau bagaimanapun, pelancongan juga menyumbang beberapa impak negatif seperti kebocoran ekonomi, penurunan kualiti alam sekitar dan gangguan kepada penduduk tempatan seperti kebisingan, masalah sosial dan sebagainya.





Bagi memastikan industri pelancongan mampu memberikan pulangan serta manfaat kepada semua pihak sepanjang masa, satu perancangan yang komprehensif dan bersepadu perlu dilakukan. Perancangan yang baik adalah mengambil kira semua aspek yang terlibat sebelum melaksanakan pembangunan. Masalah yang timbul daripada pelaksanaan sesuatu pembangunan perlu diselesaikan dengan merangka beberapa cadangan yang sesuai bagi mengatasinya. Ini memastikan sesuatu pembangunan yang dilakukan dapat bertahan untuk tempoh yang lama dan menyumbang impak positif secara berterusan kepada semua pihak.




Posted by Unknown at 01:14  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License