skip to main | skip to sidebar

About me

Unknown
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2016 (10)
    • ▼ June (10)
      • ASSIGNMENT SADE-1013
      • PENGENALAN
      • INDUSTRI PELANCONGAN
      • TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
      • SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YAN...
      • LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN...
      • KESIMPULAN
      • CADANGAN
Powered by Blogger.
PERLANCONGAN DI MALAYSIA

ASSIGNMENT SADE-1013

Friday, 24 June 2016


Posted by Unknown at 01:17 0 comments  

PENGENALAN

Pelancongan mempunyai pelbagai maksud perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya.

Pada awalnya, Jafari (1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, “satu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.” Pengertian yang meluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat dalam membangunkan industri ini.

Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba member penjelasan secara mendalam mengenai pelancongan. Sebagai contoh, Leiper (1981) menjelaskan pelancongan sebagai, “suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.” Walaupun definasi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya. Kelima-lima elemen itu adalah persekitaran, manusia, kawasan, ekonomi dan dinamik.

Memandangkan pelancongan itu sendiri ditafsirkan berbeza-beza mengikut perspektif masing-masing, sehingga kini masih wujud pelbagai definisi pelancongan. Istilah WTO atau World Tourism Organization ini secara langsung membawa pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik, dan pelancongan kebangsaan.

Suatu definisi lengkap yang sudah dan masih diguna pakai dalam memahami erti pelancongan sebenar dibariskan oleh McIntosh dan rakan-rakan (1995). Menurut mereka, “Pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.” Secara tidak langsung, definisi ini menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu tempat lain dalam tempoh semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya. Malah, definisi ini juga menekankan wujudnya empat elemen utama dalam pengertian pelancongan iaitu:


  1. Pelancong: Mereka yang keluar ke suatu destinasi lain bagi beberapa tujuan.
  2. Perniagaan: Mereka yang terlibat dengan membekalkan barangan ataupun perkhidmatan dalam industri pelancongan di samping memenuhi permintaan pelancong.
  3. Kerajaan: Mereka yang terlibat dalam memenuhi ekonomi sama ada berbentuk pendapatan tuan rumah ataupun pendapatan hasil daripada kedatangan pelancong.
  4. Tuan rumah: Mereka yang terlibat secara langsung dengan destinasi terpilih di samping menjaga budaya masyarakat destinasi itu.

Posted by Unknown at 01:15 0 comments  

INDUSTRI PELANCONGAN

Pelancongan merupakan satu industri yang berkembang maju selepas Perang Dunia Kedua (1941-1945). Ia mencatatkan kedatangan pelancong antarabangsa sebanyak 25.3 juta orang (1950) kepada 940 juta orang (2010) dan menyumbang kepada pendapatan ekonomi dunia sebanyak USD 2.1 bilion (1950) kepada USD 919 bilion (2010) WTO (World Tourism Organization, 2011). Peningkatan kedatangan pelancong ini disokong oleh faktor-faktor kestabilan politik dan ekonomi dunia, peningkatan taraf hidup dan pendapatan penduduk serta penawaran produk-produk pelancongan baharu. Perkembangan industri yang memberangsangkan mendorong kebanyakan Negara membangunkan pelancongan secara serius kerana kemampuannya dalam menyumbang pertumbuhan ekonomi.

Bagi menggalakkan pembangunan pelancongan, pihak kerajaan menyediakan dasar dan strategi yang sesuai bagi menjadikan pelancongan sebagai sumber baharu pertumbuhan ekonomi Negara. Selain itu, pelbagai insentif yang menarik disediakan bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menjayakan perkembangan industri pelancongan. Kesannya, banyak kawasan-kawasan baharu dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai konsep dan aktiviti bagi menarik kedatangan pelancong.

Perkembangan pelancongan di sesebuah destinasi menyumbangkan pelbagai impak positif terhadap ekonomi, alam sekitar, dan sosial seperti meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk, peningkatan kualiti alam sekitar dan menggalakkan hubungan antara pelancong dan penduduk. Walau bagaimanapun, pelancongan juga menyumbang beberapa impak negatif seperti kebocoran ekonomi, penurunan kualiti alam sekitar dan gangguan kepada penduduk tempatan seperti kebisingan, masalah sosial dan sebagainya.





Bagi memastikan industri pelancongan mampu memberikan pulangan serta manfaat kepada semua pihak sepanjang masa, satu perancangan yang komprehensif dan bersepadu perlu dilakukan. Perancangan yang baik adalah mengambil kira semua aspek yang terlibat sebelum melaksanakan pembangunan. Masalah yang timbul daripada pelaksanaan sesuatu pembangunan perlu diselesaikan dengan merangka beberapa cadangan yang sesuai bagi mengatasinya. Ini memastikan sesuatu pembangunan yang dilakukan dapat bertahan untuk tempoh yang lama dan menyumbang impak positif secara berterusan kepada semua pihak.




Posted by Unknown at 01:14 0 comments  

TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Thursday, 23 June 2016

Pada zaman pasca kemerdekaan negara Malaysia, industri pelancongan kurang di beri perhatian atau penekanan oleh pihak kerajaan kerana kerajaan lebih menumpukan terhadap pembangunan infrastruktur negara dan kestabilan negara. Ketika itu juga kerajaan lebih menumpukan sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah yang menjadi hasil utama dan kerajaan tidak sedar akan peranan industrI pelancongan juga akan membawa kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, industri pelancongan di Malaysia telah mula dilihat mengalami perkembangan positif pada era tahun 70an dengan kewujudan Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada Ogos 1972, Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan Persidangan Kesatuan Pelancongan Kawasan Pasifik (PATA) di Kuala Lumpur.
Sektor pelancongan negara dilihat semakin berkembang pada awal tahun 80-an di mana ketika ini negara sudah aman daripada ancaman komunis dan juga ancaman luar. Pada tahun 1987, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1990 kerajaan telah menaiktaraf kementerian tersebut kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Dengan penubuhan tersebut, ia telah merancakkan lagi pembangunan industrI pelancongan negara. (Azizan Marzuki, 2010).
Kejayaan pembangunan dalam industri pelancongan dapat dilhat melalui kejayaan Tahun Melawat Malaysia 1990, sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus meningkat. Malahan sumbangannya masih terus meningkat lagi selepas kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998 dengan cara menggalakkan aliran masuk wang ke dalam Negara dan mengurangkan aliran keluar matawang Negara dan seterusnya memulihkan krisis ekonomi Negara. Pada tahun ini juga kerajaan telah mengambil inisiatif dalam mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas seperti menaik taraf jeti, menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi menampung kemasukan pelancong asing yang kian bertambah. (Unit Perancang Ekonomi, 1991). Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Kenyataan ini dapat dilihat dengan lebih terperinci pada Jadual dibawah yang menunjukkan statistik ketibaan pelancong dan pendapatan daripada pelancongan daripada tahun 1998 sehingga tahun 2008. (Malaysia,2001)
TAHUN
KETIBAAN PELANCONG (JUTA)
PENDAPATAN (RM JUTA)
1998
5.50
8,580.5
1999
7.93
12,321.3
2000
10.22
17,335.4
2001
12.78
24,221.5
2002
13.29
25,781.1
2003
10.58
21,291.1
2004
15.70
29,651.4
2005
16.40
31,954.1
2006
17.45
36,271.1
2007
20.90
46,070.0
2008
22.00
49,561.2
Ketibaan pelancong dan pendapatan daripada pelancongan, 1998-2008

Menurut petikan dari MStar (2012), Malaysia merekodkan ketibaan 24,714,324 pelancong asing sepanjang tahun 2011, mengatasi jumlah 24,577,196 pada 2010. Daripada jumlah itu, negara juga turut mencatatkan perolehan sebanyak RM58.3 bilion pada 2011 berbanding RM56.5 bilion pada tahun sebelumnya. Seterusnya tahun 2012, Malaysia mencatat rekod peningkatan kedatangan pelancong sebanyak +1.2% dengan jumlah sebanyak 9,438,592 orang bagi lima bulan pertama tahun 2012.
Purata kedatangan pelancong ke Malaysia dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan demi peningkatan walaupun terdapat beberapa punca masalah yang berlaku di Malaysia seperti wabak penyakit, perubahan cuaca dan peristiwa yang terkini yang menimpa Malaysia adalah berkaitan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 serta insiden yang menimpa pesawat MH17 yang menggemparkan seluruh dunia. Hal ini dijangkakan purata pelancong melawat Malaysia akan menurun tetapi sebaliknya. Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia memberi kenyataan bahawa sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014. Walaupun suatu tahun penuh duka sengsara yang menyaksikan dunia turut bersedih namun industri pelancongan kita masih mampu menarik 27.44 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion. (Berita Harian Online, 2015). Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara.
Unit Perancangan Ekonomi (2010) Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong. Hal ini menunjukkan bahawa sejak awal tahun 80-an sehingga kini perhatian kerajaan terhadap sektor tersebut dapat dibuktikan dengan peruntukan kewangan dan pelaburan yang dibelanjakan seperti Jadual dibawah. (Azizan Marzuki, 2010)
RANCANGAN MALAYSIA 5 TAHUN
PERUNTUKAN (Juta)
1
Rancangan Malaysia Pertama (1965-1970)
Tiada peruntukan
2
Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975)
RM 8.59
3
Rancangan Malaysia Ke-3 (1976-1980)
RM 27.19
4
Rancangan Malaysia ke-4 (1981-1985)
RM 40.00
5
Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990)
RM 140.00
6
Rancangan Malaysia Ke-6 (1991-1995)
RM 533.90
7
Rancangan Malaysia Ke-7 (1996-2000)
RM 605.50
8
Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005)
RM 1009.00
9
Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010)
RM 1847.90


Jadual Peruntukan Dana Pembangunan Pelancongan Malaysia

Posted by Unknown at 23:20 0 comments  

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN

Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini antara fungsi utama industri pelancongan adalah untuk menuju pembangunan pesat dalam ekonomi negara. Antara kepentingan dan sumbangan industri pelancongan di dalam ekonomi negara adalah seperti dibawah:

Ekonomi Pelancongan

Pembangunan pelancongan sebagaimana yang diketahui memberi impak ke atas ekonomi destinasi berkenaan. Impak ekonomi sering kali dilihat sebagai impak positif berbanding negatif. Ini kerana pelancongan dipercayai dapat meningkatkan lagi pendapatan komuniti dan ekonomi destinasi itu malah lebih daripada itu, ia juga dapat meningkatkan ekonomi Negara. Antara impak positif ekonomi akibat daripada pembangunan pelancongan ialah:

1.            Dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk tempatan.
2.     Dapat menambahkan hasil pendapatan penduduk dengan menjalankan perniagaan sampingan.
3.     Dapat meningkatkan pendapatan kerajaan dengan kemasukan wang hasil daripada cukai dan juga jualan produk ataupun perkhidmatan pelancongan.
4.            Dapat membawa masuk pelaburan dari Negara asing.
5.            Dapat mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk tempatan.

Persekitaran Pelancongan

Dari segi persekitaran bukan sahaja melibatkan tanah malah udara, air, flora dan fauna, bahkan juga manusia. Antara impak positif ke atas persekitaran yang sudah dikenal pasti akibat daripada pembangunan pelancongan adalah:

1.            Mewujudkan insentif bagi pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dan sumber semula jadi.
2.            Menyediakan kemudahan seperti jalan raya yang berkualiti tinggi.
3.            Mewujudkan lebih banyak taman dan pusat rekreasi di destinasi berkenaan.

Sosiobudaya Pelancongan

Impak sosiobudaya didefinasikan oleh Fox (1977) sebagai, “sumbangan pelancongan ke atas perubahan dalam sistem nilai, gelagat individu, hubungan kekeluargaan, gaya hidup yang pelbagai, tahap keselamatan, etika moral, acara tradisional dan juga organisasi komuniti.” Dalam mengenal pasti impak sosiobudaya, aspek budaya masyarakat adalah penting dilihat secara mendalam kerana wujudnya kepelbagaian dalam budaya itu sendiri.
Oleh itu, impak ke atas sosiobudaya adalah dipengaruhi oleh budaya dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan. Ini bermakna, impak positif di sebuah destinasi tidak mungkin sama dengan sebuah destinasi yang lain. Antara impak positif sosiobudaya adalah: 

1.            Memperbaiki kualiti hidup masyarakat setempat.
2.            Meningkatkan kemudahan rekreasi dan pelancongan.
3.            Memperbaiki imej dan budaya masyarakat setempat.
4.            Mempromosikan pertukaran budaya.
5.            Menambahkan perjumpaan antara pelancong.
6.            Memperbaiki kualiti keselamatan.
7.            Meningkatkan permintaan ke atas acara bersejarah dan kebudayaan.
8.            Mewujudkan nilai kemesraan terhadap pelancong asing.
9.            Mewujudkan pengalaman yang menarik di kalangan masyarakat.
10.         Memelihara budaya masyarakat setempat.

Posted by Unknown at 23:18 0 comments  

HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

Sektor pelancongan di Negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan Negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di Negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan Negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan lubang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelancongan di Negara kita pada masa depan. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah:

1.            Krisis kehilangan MH370 dan insiden MH17.
Menurut Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) terpaksa dihentikan buat seketika sebagai menghormati tumpuan negara dalam mencari kotak hitam pesawat MH370 yang dikatakan terhempas di Selatan Lautan Hindi. Berikutan dengan peristiwa itu, satu lagi kejadian insiden MH17 terhempas turut mengemparkan lagi seluruh masyarakat Dunia.
Insiden yang menimpa MH370 dan MH17 mengalih perhatian masyarakat Malaysia dan dunia sehingga menenggelamkan TMM. Hal ini menyebabkan kedatangan pelancong berkurang seperti biasa dan mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala.


2.            Pencerobohan.
Kes-kes jenayah dan pencerobohan yang seringkali berlaku dikawasan sempadan seperti kecurian, penipuan, penculikan, pembunuhan, samun dan sebagainya menyumbang kepada imej negatif terhadap pelancongan. Selain itu, aktiviti penyeludupan merupakan isu utama yang seringkali dipandang serius oleh pihak kerajaan terutamanya di kawasan sempadan. Penyeludupan yang berlaku secara serius mewujudkan tanggapan bahawa sempadan Negara mudah dibolosi oleh penyeludup akibat lemahnya aktiviti penguatkuasaan dan integriti. Jika tiada langkah-langkah berkesan diambil akan mewujudkan keadaan yang tidak stabil terutamanya bagi penduduk yang tinggal berhampiran kawasan sempadan dan pelancong. Tanggapan orang ramai mengenai aktiviti yang tidak sihat seperti seks bebas, alkohol, pergaulan tanpa batasan turut menyumbang kepada imej negatif bagi pelancongan.

3.            DCA meningkatkan cas tambang.
Caj perkhidmatan penerbangan telah dinaikkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Antaranya ialah kenaikan caj penerbangan, pesawat besar, kos tinggi, pesawat kecil, pesawat kargo dan helikopter tidak terkecuali dikenakan caj ini. Justeru itu, kadar keuntungan sesebuah syarikat penerbangan mampu dicapai dengan menaikkan kadar caj yang lebih tinggi kepada para penumpang. Secara tidak langsung, syarikat penerbangan terpaksa mengenakan caj tinggi  kepada para pelancong bagi menangangi isu kos. Kesannya pelancong akan beralih ke destinasi lain jika peningkatan ini membebankan mereka.

4.            Pencemaran Alam Sekitar.


Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan Negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal-kapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan pelancongan ini dan kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membersihkan tempat-tempat pelancongan ini.

5.            Persaingan dengan Negara-negara lain.


Persaingan sektor pelancongan dengan negara-negara yang lain. Hal ini demikian, bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.


6.            Keadaan politik tidak stabil.


Kestabilan politik adalah satu faktor penting bagi menjamin perkembangan industri pelancongan. Malaysia perlu mengamalkan konsep aman, bebas dan berkecuali bagi menarik lebih ramai pelancong asing. Bukti-bukti tentang kesan ketidakstabilan politik terhadap industri pelancongan perlu dijadikan pengajaran tentang berapa pentingnya suasana keharmonian Negara dalam pertubuhan industri pelancongan.

Posted by Unknown at 23:13 0 comments  

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN.

Bagi mewujudkan pembangunan pelancongan mapan, beberapa pihak perlu memainkan peranan utama. Pihak-pihak ini lebih dikenali sebagai ejen pembangunan pelancongan dan masing-masing mempunyai peranan yang berbeza dalam membangunkan sebuah pelancongan mapan.

Sektor Kerajaan

Sektor Kerajaan adalah sektor utama dalam membangunkan pelancongan kerana mereka yang menentukan sama ada industri pelancongan terus dibangunkan ataupun sebaliknya. Sektor awam bukan sahaja merujuk kepada pihak kerajaan tetapi juga orang perseorangan. Terdapat beberapa cara di mana sektor awam boleh melibatkan diri membangunkan industri pelancongan. Antaranya melalui sosiobudaya, persekitaran, ekonomi dan politik. Melalui ekonomi, wujud banyak faktor yang terus menggalakkan peranan sektor awam seperti:

1.            Mempertingkatkan lagi keadaan imbangan pembayaran.
2.            Membangunkan kawasan atau destinasi daerah mereka sendiri.
3.            Mewujudkan kepelbagaian faedah ekonomi.
4.            Meningkatkan tahap pendapatan.
5.            Meningkatkan pendapatan negeri melalui pengutipan cukai.
6.            Membuka peluang yang lebih banyak ke atas pekerjaan.
7.            Stimulasi terhadap pelaburan yang secara langsungnya tidak berkaitan dengan pelancongan.

Sektor Swasta


Dalam industri pelancongan, sektor swasta merupakan pihak yang beroperasi dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Terdapat banyak sektor swasta dalam industri pelancongan yang terdiri dari pelbagai aspek penawaran antaranya penginapan seperti hotel, resort dan chalet, pengangkutan seperti bas ekspres, kapal terbang dan kapal layar, malah termasuk juga restoran dan sebagainya. Biasanya wujud persaingan yang hebat di kalangan agen-agen ini kerana masing-masing berobjektifkan keuntungan. Malah, apa yang sering menjadi isu adalah ejen-ejen sektor swasta ini tidak begitu mengambil berat mengenai impak ke atas sosiobudaya dan persekitaran kerana lebih mementingkan keuntungan.

Posted by Unknown at 23:12 0 comments  

LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN

Terdapat banyak faktor yang mendorong untuk membangunkan industri pelancongan. Maka, pihak yang terlibat perlu mewujudkan produk pelancongan baru ataupun membangunkan produk pelancongan yang sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelancong.

Selain itu, produk pelancongan baru juga diwujudkan kerana sektor yang terlibat memang peka dan sentiasa mahu memberikan kelainan ke atas produk yang dikeluarkan kepada pelancong. Ini secara tidak langsung mengukuhkan pasaran sektor di samping mengekalkan pembangunan produk yang sudah sedia ada. Produk pelancongan baru juga wujud akibat wujudnya inovasi teknologi terkini. Dengan adanya inovasi teknologi yang pelbagai pada masa kini, sektor pelancongan terpaksa mengambil inisiatif bagi mewujudkan produk pelancongan baru selari dengan perkembangan teknologi.

Akhir sekali, produk pelancongan baru juga diwujudkan kerana peka kepada permasalahan sosial yang wujud dalam masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini, sektor pelancongan perlu mewujudkan suatu produk baru di pasaran. Antara contoh produk-produk pelancongan baru yang sudah sedia ada di pasaran adalah:

  1. Kembara politik
Produk pelancongan baru ini merujuk kepada pengembaraan yang dibuat oleh pelancong bagi tujuan politik. Sesetengah pelancong mungkin mengunjungi sesebuah Negara kerana aspek politik. Malah, kunjungan yang dibuat oleh pembesar-pembesar Negara juga adalah dikategorikan dalam kembara politik.
  1. Ekopelancongan
Image result for ekopelancongan malaysia
Ekopelancongan merupakan aktiviti pelancongan yang harmoni dengan persekitaran. Konsep ini menumpukan kepada pertimbangan dan sensitif terhadap ekologi, kawalan, integrasi dengan sosiobudaya dan penerapan nilai-nilai mapan. Melalui subsektor ekopelancongan, ia telah membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk melibatkan diri dalam penyediaan penginapan melalui program homestay. Pada tahun 2010, seramai 2,998 orang telah dilatih dan diberi lesen untuk mengendali penginapan homestay di seluruh Negara. Selain itu, kerajaan telah mempromosikan pakej pelancongan komuniti orang asli serta telah membuka peluang pekerjaan kepada orang asli untuk menjadi pemandu bot dan pemandu pelancong alam semulajadi. Secara tidak langsung, program seperti ini akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan disamping meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Pelaksanaan konsep ini mampu mencapai ‘simbiosis’ antara pemuliharaan dan pembangunan. Prinsip-prinsip ekopelancongan yang dikemukakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, (1996) adalah:
·                    Tidak merosakkan alam sekitar.
·                    Menghargai alam sekitar, mencadangkan komponen pembelajaran.
·                    Mempromosi pemeliharaan.
·                    Impak yang rendah.
·                    Penglibatan penduduk tempatan.





  1. AgroPelancongan
Agropelancongan merupakan konsep pelancongan yang tertumpu di kawasan luar Bandar menjurus kepada penonjolan pelbagai tarikan seperti kebudayaan, cara hidup penduduk dan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Pelancong dapat merasai suasana hidup bersama masyarakat kampung dan memperoleh pengetahuan tentangnya. Konsep ini menyumbangkan kesan positif terhadap sosial, alam sekitar dan ekonomi masyarakat luar Bandar.  

  1. Pelancongan sukarela
Produk pelancongan ini merujuk kepada percutian yang dibuat oleh pelancong yang gemarkan aktiviti sukarela. Ia bermatlamat antara lain membantu mangsa peperangan, mangsa bencana alam, membantu kempen mengekalkan hidupan liar dan sebagainya lagi.




  1. Pelancongan kesihatan
Produk pelancongan ini pula merujuk kepada percutian dan pengembaraan yang dibuat atas dasar kesihatan. Ia membawa maksud pelancong melancong bertujuan mendapatkan rawatan, atau perlu beristirehat bagi meringankan masalah kesihatan yang wujud dan lain-lain.

  1. Pelancongan pendidikan
Pelancong dari Negara lain yang mempunyai jangka masa cuti tahunan yang panjang datang melancong ke Malaysia dan mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Contoh: Cuti musim panas di Negara Timur Tengah
Semasa cuti mereka akan datang dan tinggal di Malaysia selama beberapa bulan dan boleh mengikuti kursus jangka pendek bagi memanafaatkan masa mereka di sini.
Pelancong ini akan mempromosikan kursus-kursus pendidikan yang ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Tinggi Negara ini apabila pulang ke Negara asal. Lebih ramai warga asing akan belajar di Negara kita.
  1. Pelancongan sukan

Malaysia kini semakin giat mempromosikan diri sebagai penganjur dan tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan sukan di rantau Asia Pasifik. Penganjuran sukan seperti kejohanan kereta Formula 1, kejohanan lumba basikal, kejohanan badminton, pameran Maritim, udara Langkawi (LIMA), PowerBoat, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup dan sebagainya adalah sebahagian daripada acara sukan yang mendapat pengiktirafan dunia. Penyediaan kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih menjadikan Malaysia sentiasa bersedia untuk menganjurkan apa jua kejohanan sukan. Kompleks Sukan Negara dan Litar F1 Sepang contohnya adalah infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa yang kini menjadi tumpuan acara-acara sukan terkemuka.

Malaysia juga dikurniakan dengan alam semulajadi yang bukan sahaja indah malah begitu sesuai untuk pelbagai aktiviti berteraskan adventure sports. Ini menggalakkan pelancongan yang mempunyai minat khas untuk datang dan mengalami sendiri aktiviti sukan dalam persekitaran begitu mencabar. Selain itu Malaysia juga memiliki lebih daripada 250 padang golf di seluruh Negara yang menjadi tarikan mereka yang menggemari sukan golf. Agensi utama yang bertanggungjawab dalam pelancongan sukan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan sementara Kementerian pelancongan membantu dari aspek promosi.




Posted by Unknown at 23:11 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License