Cadangan untuk meningkatkan
sektor pelancongan di Negara ini, kerajaan perlu menganjurkan karnival
pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival ini adalah kaedah yang berkesan
untuk memperkenalkan Negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival
ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat
menarik di Negara ini, makanan yang pelbagai dan juga kebudayaan masyarakat
pelbagai kaum. Selain itu, karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej
pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Banyak
produk-produk baru yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit.
Misalnya, kerajaan perlu menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program
inep desa dengan lebih banyak. Begitu juga dengan konsep pelancongan kesihatan,
agropelancongan, ekopelancongan dan seumpanya hendaklah dikembangkan. Kita juga
wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian,
manggis, langsat dan sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah
dapat menarik hati pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara. Oleh itu,
kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan Negara ini dengan
mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Selain
badan-badan kerajaan, pihak swasta juga perlu memikul tanggungjawab untuk
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata
pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat
penerbangan dan syarikat pengangkutan awam juga turut terlibat untuk menjayakan
kempen ini supaya dapat meningkatkan sektor pelancongan di Negara kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment